Friday, July 19, 2013

Review: Lip-balm-stick?

Assalamualaikum, puasa tak? haha

Hari ni I nak share I punya personal favourite lipsticks or lipbalms? Truth be told, I ada beberapa lipsticks, macam koleksi lahhh. Come on, umur I dah 23 tahun ni, mestilah I sukaaa lipsticks. haha. Tapi takde lah banyak mana macam uolls punya, ada dalam around 20 plus je kot. Tapi tak kesah lah, sebab hari ni I nak cakap pasal I punya personal favourites je. 

Sebelum itu, I nak menyuarakan pendapat I or pandangan pasal segala jadah lipsticks ni. For me, dengan sebatang lipstick sahaja boleh ubahhhh kita punya muka. Like seriously wey! Yelah muka dari pucat lesu, letak sikit colour, puffff! terus muka jadi segar. Siapa sangka lipstick kecil tu boleh ubah the whole face. Kat sini, tak semestinya yang I cakap tadi lipstick sahaja, lipbalm ke lipice yang ada colour pon boleh ubah segalanya okay. Kalau lipbalm, I suka Mentholatum punya, yang sheer colour. Macam magic lipbalm lah, bila pakai, automatic lips kita jadi pinkkk. Segar je mata memandang. Yang tu I suka gila, dah banyak kali beli masa tengah study. Senang nak pergi class pakai tu je, masuk pocket okay, boleh apply bila bila masa.

But the main point is, I nak cakap pasal penyelamat I. Ya, life saver ya. Everyday I akan pakai I punya Revlon Just Bitten Kissable Balm Stain. Hmmm, best gila kot benda ni. I dah pakai lama, and ter amat sangat lah sukaa sampai dah tak pandang lipstick lain. Cewah, tak jugak sebenarnya. haha. Actually benda ni bukan lah macam lipstick lain, dia macam balm juga. Tapi kalau kita apply banyak banyak memang boleh jadi lipstick. I selalu apply sikit je, sebab letak sikit pon dah okayyyy dah. Tapi apply banyak pon apa salahnya kann. Pastu best sebab nanti bibir rasa macam berangin rasa mint. Awak-awak semua boleh lah google tengok result orang pakai benda ni ya.



Haa ni lah personal favourite I. Yang orange and pink tu lah Revlon Just Bitten Kissable Balm Stain yang I suka gila tu. Pergi mana mana memang kena bawak 2 benda ni. First I beli yang pink tu, Sweetheart nama dia. memang pink lah bibir, apply sikit pon dah nampak pink, tu yang best. And benda ni tahan lamaaa. Sebab I dah pakai lama pon masih banyak lagi ya. Dia comel pulak tu haa macam crayon. Satu benda yang best pasal ni ialah bila kita makan minum, colour dia still ada. Dia tak macam certain lipstick yang lepas makan je lipstick pon habis. Kalau yang ni, colour dia still ada. Second time pula I beli Rendezvous yang orange colour tu. Sebab teringin nak ada bibir orange uolls. Tu pun best gila sebab lips nampak lagi natural instead of pink dia warna orange kan. So, dua benda ni i punya all time favourite.


See, dia ada banyak lagi colour. I selalu beli kat Watson je, harga dia serious lupa, more or less dalam RM27 macam tu kot. Hh tak ingat lah. Nanti try lah find out. Selalunya warna warna hot habis cepat. Macam Rendezvous cepat habis, banyak kali datang Watson asek habis je. So bila jumpa je terus grab, haha. In future I nak try colour lain pula, macam nude colour ke.Hhmm will see nanti.

Haa lastly, I nak cakap pasal liptint. Liptint ni lagi best dari lipstick rasanya. haha. You tengok cerita Korea, diorang mostly pakai liptint lah. Mana main lipstick pekat pekat ni. Sebab tu lah bibir diorang macam naturally pink segar je. Lelaki pun sama, diorang pakai liptint. So jangan tertipu lah yang Korean people bibir diorang lawa macam tu. Bibir diorang memang lawa, tapi nampak lagi lawa dan natural sebab liptint ni haa. Bagi I liptint ni macam highlighter. Haa yang kita garis garis kat notes tu. Bila kita pakai dia, bibir nampak macam pakai lipstick, tapi bila pegang bibir, ehhh xde pape pon kat bibir. Haa macam tu sekali. So lagi lah tak perlu risau, bila makan minum memang ada je liptint di bibir lagi. Tak payah dok sibuk nak apply banyak kali. 

So far, I ada dua je liptint. First I beli dekat EDZ boutique warna Hot Red ye kawan kawan. Merah menyala , I beli dengan harga RM12 je. Murah kan. Saje je beli warna merah, sebab teringin. tapi yang ni jarang lah pakai. Second time I beli brand Obuse warna orange, kod dia no. 5. Obuse ni macam famous sikit kat online, banyak je orang jual, terutamanya dekat instagram. Tapi yang ni I beli dekat downtown KL sahaja ya, sebab terjumpa hari tu dengan harga RM10. Standard orang jual RM12 online. Satu lagi, orange ni memang cepat habis. Masa I beli orange ni pon memang kira nasib baik lah. Tapi liptint ni takde lah pakai everyday. Tapi I sukaa. Bila cakap pasal lipstick, sekarang ni teringin nak beli NYX punya. sebab macam best je, I suka matte punya. Kita tak suka gloss gloss ni. 


Okay itu sahaja lah post untuk kali ini. Maaflah sebab panjangnya bukan kepalang. Hmm. Sahaja nak kongsi dibulan Ramdhan yang mulia ini. Sehingga berjumpa lagi di post akan datang. Selamat berbuka! Jangan lupa pergi tarawikh!


6 comments:

Farisha said...

munieee farisha pun suka Revlon tu! Ada banyak color tp beli sbb suka je,guna satu je pn hari2 hahahahaha

acanmunie said...

kan kan kann. bestnya you dah banyak colour. i baru ada dua ketol je ni. you beli warna apa lagii aaa

bawangmerah said...

aha, ingat kan baca sampai habis dapat tengok gambar kau pakai those lipstics-liptint.
sekali takde. apa niiiiii
kecewa tau. isk :(

acanmunie said...

ahaa saje tak nak letak, malu lah. hiwhiw. sebab google je haa melambak ramai pakai :)

asya said...

teringat munie pakaikan kat bibir kte sampai kak nad suruh pegi tgk cermin!hahahahaha

acanmunie said...

hahaha, ok whatttt hihi! rindunya! :D