Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan Kitchen Diaries sangatttt,

Assalamualaikum! 


Bila tengok orang buat kuih raya, lepastu jual lepastu untung lepastu haa raya sakan, seronoknya. Lepastu menyesal kenapa diri ini yang sedang tanam anggur di rumah ini tak buat kuih raya pastu pergi jual. Dapat juga duit raya hasil titik peluh sendiri. Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiadalah pendapatan. Kirim salam je lah. Korang mesti ada yang buat kuih raya kan. Untunglahhh. Share lah sikit idea. Idea dalam otak saya ni buah anggur je ni. Haha. Tipu je.


Ramadhan kali ini rasanya Ramadhan yang paling best, sebab kitorang masak sendiri je, tak beli lauk kat luar pon. Dan yang penting, I belajar banyak gila cara masak dan buat kuih uollsss. Tak payah susah susah beli kuih tiga seringgit dah. Mahal. Buat sendiri lagi senang pastu dapat banyak haa. Makan lah puas puas yaa. Even mak I yang dah kahwin puluh-puluh tahun pun tak pernah buat kuih sendiri rupanya, yelah dia hari-hari busy kerja kan. Tapi Ramadhan kali ni walaupun mak I balik petang, kitorang semangat buat kuih. So far, kitorang dah buat tepung pelita,  karipap, buah melaka, samosa, popia. 


Haha takde lah banyak sangat, tapi better than nothing lah bak kata orang tua tua kan. Setakat kuih buah melaka tu I dah pro dah, selalu buat sorang sorang je, sebab seronok main tepung. Haha. Haa lepastu samosa tu, I dah tahu dah cara nak jadikan dia bentuk samosa. Mesti korang tak tahu kan, tahu makan je kan. Hewhew. Bubur pun senang bak hang, setakat bubur cha-cha tu, dah tak payah beli kat bazar dah haa. Lepastu favourite satu family ialah dadih, dah nak kali ke sepuluh dah I buat dadih, dalam fridge sentiasa ada dadih. Kitorang ada dua fridge, satu fridge tu penuh dengan dadih je, kalau tengok macam nak berniaga pon ada haa. So far I dah buat dadih Strawberry, Kiwi, Choc, Manggo, Mixed fruit. Tak berani cuba yang lain takut tak sedap. I sekali bancuh dadih terus dapat dalam 40 cup kecil tu. I dengan ayah I selalu beli stock cup tu, get ready untuk buat dadih. Ni stock dadih dah habis, esok ayah I ajak pergi beli. Haa, mak ayah I memang semangat bab bab I buat makanan dalam rumah ni. Btw, dadih tu benda paling senang nak buat. 


Semalam lepas terawikh I buat mac and cheese, cewah American English sangat. I buat macaroni and cheese. Haa sebab petang tu abang I dah nampak I beli macaroni, terus cakap bila nak buat macaroni ni. Lewat-lewat malam kang baru buat kan? Haa itu dia hint nak suruh masak. Berbekal kan Ipad di dapur, semuanya tiada masalah. Semua resepi boleh google, tak perlu beli buku masakan. I tak pernah follow resepi buku masakan kat rumah ni, sebab lagi complicated. I nak yang senang sedap dan murah. Itulah dia Ramadhan Kitchen Diaries kita. Walapun kadang-kadang kelam kabut sorang sorang kat dapur bila mak balik lambat. Hehe.


Esok nak buat Famous Amos Choc Chips Cookies pula. Harap jadi lah macam Famous Amos tu haa. Kalau tak jadi pun, jadi choc chip cookies pun takpe. Asalkan boleh makan :)



2 comments:

asya said...

baguslah awok ni!

acanmunie said...

comelnyaa awok baca blog kita lagi. hewhewew