Saturday, January 8, 2011

tagged

ini telah di tag oleh farhananananana. its about education. dari kecil sampai sekarang.

mula-mula i sekolah tadika dekat cheras. nama dia Tadika Taman Mulia. jarak dengan LRT bandar tun razak tu 5 minit je. tapi jarak tadika dengan rumah, sangat lah jauh. kecik-kecik memang semua sekolah jauh dari rumah, sebab kitorang duduk rumah babysitter. i takde gambar nak tunjuk tadika tu, tapi i sukaaa tadika tu. teacher dia semuaaa lawa-lawa. dan itu tadika cina, so memang kecik-kecik dah belajar bahasa cina, tulisan cina. tapi dah besar semua dah lupa. dulu i paling suka satu teacher ni, nama dia teacher Rose. dia lawa gilaaaa, muka macam fauziah latif tau. then, i ingat lagi, ada satu teacher ni pula, nama dia teacher Nora. dan muka dia sebijik gila macam Nora penyanyi tu. sampai sekarang pun i masih yakin yang dia ialah Nora penyanyi tu -___-.

source: google
selepas berjaya graduate di tadika, i meneruskan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1. sekolah ni banyak sangat kenangan zaman kecik, time rehat main abc dekat tangga, main lompat tikus, aaaa rinduunya. dan i dengan gf i dulu suka tengok 'the charmed' yang ada prue, piper, pheobe tu, dan sampai terbawa-bawa ke sekolah. omg rindu gila cerita tu, dan i jadi piper, awww awww, comel gila. dan i dulu pengawas tau, pergi sekolah pakai baju biru tau, petang-petang jaga budak darjah satu tau. lawak gila bila ingat balik. dari sekolah rendah ni juga lah yang i tahu i ni ada bakat dalam certain things. like seriously tau. i dulu semua lari-lari i masuk dan lompat tinggi. walaupun azan selalu perli, sebab i main lompat tinggi??? homaigod. dulu siap dapat nombor tiga dalam sekolah tahu tak! tu dulu, sekarang pendek tak main dah -___-. tak lupa juga, kejayaan paling i ingat ialah main chess. hoi, nampak je i macam ni, i main catur sampai msskl tau, siap jadi leader bagi girls tau, siap dapat ranking bagus tau. jangan pandang rendah kat i tau. HAHA. okay, then i berjaya mendapat 5A dalam upsr. dan boleh berangan masuk asrama.

source: google name aimannness kalau tak silap lah.
then form 1, i dapat offer pergi sekolah menengah Seri Bintang Utara atau nama lamanya ialah Bukit Bintang Girls' School. bagi i sekolah bestari ni sangat hot. semua student dia memang kalau tengok terus nak cakap homaigod! sekarang tak tahu lah macam mana sekolah tu, dah tak hot sangat kot, sebab dah ada boys. dulu sekolah tu all girls. batch i dulu ialah batch first lelaki masuk. dulu hot sebab, kakak-kakak senior semua lawa-lawa, pakai pinafore biru laut tu, siap ikat rambut guna ribbon. comel gila tau tapi semua kakak tu tegas nak mampus, sebab diorang tu semua berdisiplin dan tegas ajar budak-budak cheerleaders.no wonder lah sbu punya cheerleaders hebat belaka. sekolah tu best, perhimpunan pagi nanyi lagu guna life piano, kantin dia macam-macam outstanding foods dia ada, classroom pulak tak payah cakap lah, moden habis, siap ada computers kat tepi, lantai dia lawa, kat luar class ada locker sorang satu macam dekat high-school dalam tv dekat oversea tu. dulu, bila ada kelas agama je, semua keluar pergi locker amek tudung, bila ikat rambut kena wajib pakai ribbon sekolah, kena pakai socks sekolah, kena beli banyak gila baju suka yang ada nama sekolah. dan dulu i maclay house, warna biru tau. i sekolah sana hanya a few months sahaja, tapi lama jugak lah, sebab sempat hias kelas semua.

source: google
kemudian i pindah sekolah, kan i dah cakap berangan nak duduk asrama kan? so dapat offer lagi pergi mrsm kuala klawang dekat jelebu, negeri sembilan sana. dekat sana i dari form1 sampai form3. kat sana seronok sebab first time tinggal dengan kawan-kawan. yelah, selama ni kat rumah tidur sorang-sorang, kat sana tidur dengan kawan-kawan tau.  roommate semua awesome gila. dekat mrsm pun i still masuk olahraga, tapi i more to long distance macam 400m dan paling lama i pernah lari ialah dalam acara 5000m time dekat mrsm kulim, kedah sana -___-. seronok gila tau woi, bila ada merentas desa, memang betul-betul merentas desa masuk kampung sana sini, sebab kat sana kan macam ada kampung-kampung. i juga masuk choral speaking tahu tak. i bertuah dapat join choral speaking sebab i dapat berjalan banyak tempat. yelah, before tu i tak pernah pergi negeri itu lah, negeri ini lah. bila join ni, kitorang wakil mrsm pergi bertanding kat banyak tempat dalam banyak negeri. memang macam thank God jugak lah. sebab choral speaking time mrsm i selalu menang tauuuu. habis dekat situ, bila form 3 Alhamdulillah lah i dapat pmr 8A. kena pindah mrsm lain, sebab mrsm kuala klawang tu ada form1-form3 sahaja.

source: google
then dapat offer sambung belajar kat mrsm muar pula, kan i dah cakap, i sekolah semua jauhhh dari rumah. kali ni muar dekat dengan bandar, so takdelah rasa sedih sangat. dekat muar pun roommate awesome, dan block mate pun awesome gila. siap ada kakak kesayangan, classmate kesayangan, roommate kesayangan, gf semuanya kesayangan. kat kelas i selalu tidur, i rasa memang ramai yang tidur. budak mrsm takdelah nak wow sangat sebenarnya, biasa je sebenarnya. kat mrsm muar kali ni, i masuk bowling pula. i seumur hidup tak pernah aspect  i boleh main bowling. siap jadi wakil daerah lagi tu. -____-. bila fikir balik, memang macam tak boleh bla tahu tak. macam tak percaya. walaupun lahir kl terpaksa lah jadi pemain daerah muar. yang untungnya sekolah mrsm ni, bila ada tournament, mrsm siap sediakan cikgu korea untuk ajar kitorang main bowling tau, tapi i tak paham sangat dia cakap bi, kitorang pun haaaa je lah. pengalaman best i join bowling ni, dapat jumpa budak-budak hebat gila nak mati dari daerah lain, macam daerah jb. oh, johor ada baanyak gila daerah, sampai tak terhafalah i. bila tournament bowling, kau kena main banyakkk gila set game, sampai satu tahap kau rasa penatnya nak main, bosannya nak mainnn bowling dah. sampai macam tu sekali ya. -___-. habislah disitu dengan result spm yang tak berapa nak memberangsangkan. masih sedih sebab dapat 1C, dan C itu ialah kimia. kimia boleh pergi jalan sekarang!

then dapat offer pergi matrikulasi pula, dekat melaka sana, matrix Londang. bersyukur gila dapat sana, sebab kampung dekat melaka, roommate awesome gila, bilik besar, kawan-kawan semua memang sekepala habis. dan yang paling penting dapat jumpa bertentangan mata dengan AZAN. awww awww. dekat matrix i amek aliran hayat, kokurikulum hoki. haha. paling tak boleh lupa, seumur hidup dari form 1 sampai form 5 tak pernah dapat pointer bawah 3, tapi kat matrix pernah sekali dapat 2.9++. habis matrix dengan pinter yang takdelah berapa nak bagus. 

lastly, Alhamdulillah tak sangka dapat tawaran masuk UPM untuk kos Bachelor of Major in Statistic (Hons). sumpah tak percaya sebab dapat benda yang kita nak dan mintak. sebelum tu dapat offer pergi temuduga untuk kos pendidikan math, tapi tak lepas. mungkin sebab pointer, sebab macam yang kita semua tahu, budak pendidikan pandai belaka ya. dan sekarang masih menuntut di UPM serdang yang hanya berapa minit dari rumah jika lalu jalan belakang iaitu lalu depan kliuc semua. bersyukur sangat dapat universiti dekat dengan rumah, yelah, dulu sekolah jauh gila dari rumah. btw, dalam permohonan ipta tu, sebenarnya semuaaaa i isi untuk kos mathematic dan statistic dekat UPM sahaja. haha. memang tak minat nak pergi universiti lain. sekarang tengah menghadapi sem 4 di UPM yang baru seminggu bermula. Alhamdulillah pointer semua jauh lebih bagus dari time matrix dan sekolah dulu, dan mampu membuat ibu bapa senyum, walaupun masih tak dekan-dekan lagi. tapi berharap sangat dapat dekan satu masa nanti. aminnnnn. 


sekarang dah penat gila nak cerita. bye.

19 comments:

zureen nasir said...

wow .
munie kenapa tak join cheerleader ? mesti comel gila ;))

annurfarhana said...

haha da mcm karangan dah

acanmunie said...

zureen: tak sempat lah zureen, kalau join pon mesti jadi flyer, yang terbang sana sini tu. serammm tu. haha

acanmunie said...

farhana: kan kan. sebab takde benda nak update dah. haha

Anonymous said...

OMJ, you sbu???? same lah dgn i!

acanmunie said...

anon: ho mannn, really? wahh, sep sep :D

bawangmerah said...

hahahaha munie, kau memang lari laju gila!
aku pun kalah hahahaha
memang awesome okkaayyy

acanmunie said...

bawangmerah: eh yeke farahin? aku lari takdelah laju mana, lari lama lagi okay kot. haha :D

Syida Shukor said...

bestnyaaa sbu ! nyesal tolak haha

acanmunie said...

syida: lahhh yeke, kalau tak boleh jumpa kat sana dah :D

fatin said...

oh man!
silap tempat komen.
haha
so, camne? nnti you keje ape dah kuar upm?

acanmunie said...

fatin: haha, oh i jadi statistician lah kot, tapi i suka jadi lecturer juga. mungkin amek master nanti. secara jujurnya, mostly kitorang tak tau sangat nnti keje mcm mne, dh final nnti tau kot :)

fatin said...

ok.
thanks sbb sudi jawab.
teruja nk amek course math.
:)

fatin said...

time kat matrik amek sains pe?

acanmunie said...

amek sains hayat :)

fatin said...

sains hayat pun boleh smbung amek course math eh?
bukan sains fizikal je ke?
(sori klau rsa annoyed.)

acanmunie said...

fatin: ehhh, siapa cakap takleh? bolehhh sangat lah fatin :) . maybe u confuse kot. sbb tu lah org cakap untung kalau amek sains hayat/fizikal. dia dua-dua itu nama pun ada sains kat depan, sbb budak dari sains stream ni boleh pergi mana-mana, engineering boleh, doctor boleh, math boleh, sc com boleh, semua boleh. sains meluas. cuma yang amek account je yang kena pergi amek pasal acc. sbb dia takde bckground sains. fakulti sains nama besar, tapi dalam fakulti sains tu ada, bdk kimia, sains, math. sbb semua tu under science stream.

fatin said...

oooo. ingatkn sains hayat tak leh amek course math. klau sains fizikal kan blaja fizik, macam more to maths lagi. n ingatkan klau amek sains fizikal peluang nak smbung amek course math lgi besar laa.
thanks bg penjelasan yg pnjang lebar. :)

acanmunie said...

haha, tadehal lah.