Monday, January 31, 2011

saje-saje.


oh, sekarang ni musim hujannn je. dari pagi sampai malam memang hujan je memanjang. bilik takde aircond pun akan jadi sejuk melebih-lebih sampai terjaga malam-malam amek remote terus off kipas. lepastu call azan cakap diri ini demam, wah melampau. tapi takpelah, ni semua rahmat. hujan kan rahmat. rahmat ah, sebab tak payah sidai baju dan lipat baju. haha. tak lawak. yang kesian nya ada negeri-negeri yang banjir. sigh.

okay, i nak cakap yang mood blogshop online i telah datang kembali. tapi bukan untuk handmade bags lagi -___-. belum ada rasa nak membuat lagi, sebab penat. terima kasih sangat kepada yang asyik email tanya nak bag itu ini, tapi hampa sebab i tak remake dah. sorry sangat. pejam celik, pejam celik, needlesswork dah nak masuk dua tahun dah. i sayang sangat nak delete, sebab azan comel rajin buat design header dia lawa-lawa. jadi, i dah buat keputusan untuk transform kan handmade blogshop i tu kepada fashion blogshop. kiranya from head to toe lah ada. bag-bag tu masih ada, sebab sayang nak buang. nama pun taknak tukar! tak boleh, sebab itulah first blogshop yang i pernah ada dari 2009. itu jugalah sumber pendapatan i yang paling seronok i buat, sebab i lakukan blogshop ni semua sebab minat. sebab tu seronok.

kadang-kadang bila fikir balik, shopping online seronok juga, sebab kau boleh shopping sambil terbaring makan maggie depan laptop je, postage dalam rm6-7 je. kalau nak dibandingkan dengan i keluar pergi shopping, mesti singgah pergi makan, pergi beli ice-cream, naik teksi, pergi shopping lagi. memang banyaklah i habis semata-mata nak pergi shopping. activity tambahan tu je dah boleh beli sehelai baju. belum lagi tengok wayang tu. tapi i suka teman orang shopping, lagi-lagi asya. sebab nanti i pun akan shopping sekali -____-.

conclusion nya, i dah active kan balik needlesswork i. jemputlah datang. kalau papehal, email sahaja. i peramah, pemurah, pemarah, amarah, jangan risau :) eh, eh silap tu. bye.