Friday, December 31, 2010

we go matic go go go.


rabu lepas, ayah, abang, adik dan i telah meluangkan masa pergi matic. okay, ini pengalaman pertama i, tapi tidak bagi yang lain. sebabnya ayah dan abang akan pergi sini untuk tangkap gambar just for fun. seronok juga rupanya, selama ni tengok gambar yang diorang amek je, kali ni betul-betul pergi tengok depan mata. diorang ni persembahkan macam banyak gila tarian tradisional kat malaysia ni. melayu, cina, india, sabah, sarawak, dan semua negeri punya tarian pun ada. actually, mostly yang datang ialah tourist. yelah, nama pun MATIC, malaysia tourism centre (pusat perlancongan malaysia). so, dapatlah merasa as a tourist selama 45 minutes, harharhar. yelah, duduk di kalangan tourist lah katakan. matic ni adalah untuk menunjukkan budaya tradisional negara kita dalam tarian, dia persembahkan untuk tourist yang datang nak tengok. tapi orang malaysia pun boleh tengok.








i dan adli je duduk diam-diam baik-baik, sambil tonton tarian-tarian ni. sambil tu ada gelak-gelak sebab teruja tengok penari depan mata, dengan lighting yang saturation nya tinggi, dan antara seat dengan pentas amatlah dekat, kalau nak pergi tarik rambut penari ni memang dekat, hulur tangan je woiii. ayah dan abang je sibuk tangkap gambar sana sini, sambil kami menikmati tarian malaysia ni. ayah lagi lah aktif, sekejap depan, sekejap belakang. kelakar gila, bila i semangat cari ayah sebab nak cakap something. semangat i nak cakap yang, ehhhh tu pemenang sehati berdansa lahh! sambil tunjuk-tunjuk jakun. -___-. konfiden gila i cakap. sekali adli cakap, ada pulak sehati berdansa! tari menari lah!. HAHA. ye, memang tari menari. untuk pengetahuan, i tengok tari mari menari okayyy. tapi, tengok final je. -___-. itu pun first time tengok, terus dah final.

ini some of the pictures on that day.









4 gambar ni, i terpaksa tinggikan brightness dan saturation, sebab kalau view through imac ke macbook ke apa-apa yang apple lah, gambar memang macam wow gila after edit, sebab ia akan menunjukkan color yang sebetul-betulnya. tapi bila i view guna laptop i yang tak apple ni, gambar dia jadi gelap sikit -___-. tu yang kena adjust sikit. padahal abang dah adjust baikpunyaaa. -__-. 

nampak tak? nampak tak? okay ayah salah fokus -____-

okay ni baru betul, nak tunjuk matic sebenarnya :)


okay buat sesiapa yang nak pergi sini, senang je. sila lah google. yang i tahu, matic ni dekat dengan klcc, bukan lah dekat, tapi nanti lalu depan klcc. haaa nampak kat belakang tu klcc? haa kat area situ lah maknanya. persembahan tu ada hari tertentu je, kalauuuu tak silap selasa rabu khamis, kalau nak tahu google lah sendiri. ianya pukul 3pm sampai 3.45pm. bayaran masuk, rm5 sorang. budak kecil free of charge. ianya dalam dewan tertutup siap aircond. stage dekattt je dengan audience, best. pergilah , seronok juga matic ni. tak membazir rm5 pon. yelah, penari-penari tu semua hebat belaka. banyakkk tarian dia hafal. macam-macam jenis pulak tu. kadang-kadang nama je rakyat Malaysia, tapi banyak benda kita tak tahu. contohnya, tarian-tarian tradisional kat matic ni. itu sahaja buat masa sekarang. selamat malam.


10 comments:

Nadhirah S. said...

munie kurusnye kau ni aish. ko diet ke ape? ayh kau encem gak kan ha ha

Syida Shukor said...

munieee , munie tahu tak munie dah macam pegawai pelancongan yang suruh pergila matic pergilah . hehe . i pun tak tahu tempat ni senanya . jadi makan masuk dalam list to go in KL ni . :D

diana handsome said...

okay memang taktau matic ni ada sebelum ni. teruknye ==

maymay said...

correction, dear. mari menari. tapi takpe lah munie punye pasal, tari menari pon bolehh :)

acanmunie said...

nadhirah: deera, tang mana kau nampak aku kurus ni haaa. haha. diet takdo weh, aku makan berpinggan tahu tak :D

acanmunie said...

syida: wahhh yeke syida?? okay kalau macam tu, dah pergi nanti jangan lupa story :D

acanmunie said...

diana comel: haha, biasalah tu. lebih kurang je kite diana :D

acanmunie said...

maymay: ya Allah, tari menari tu i yang selalu cakap, silapp silapp. typo!adik i ckp mari menari :D hee. nasib baik may perasan tau :D

diana handsome said...

ha kak munie, akak balik bila ? jom la bilik same. jom la jom la. heee

acanmunie said...

diana: akak balik ahad kot, sabtu mungkin hantar barang, itu pun kalau boleh lah. okayyyy, jom. kita memang bilik sama pon. jangan risau :D