Friday, December 24, 2010

mekdi mu, mekdi ku

lately ni i jarang online, yelah mana taknye, dari pagi sampai malam i kat bawah buat kerja part-time sambil tengok tv bersama ayah dan adik i.  bila malam nak tidur baru naik bilik dan kalau rajin baru online. tapi macam sekarang ni dah pukul 5 pagi masih tak tidur sebab tadi lepas maghrib dah ter-bantai tidur 1 jam -__-. disebabkan i tak boleh nak tidur, adik i si adli ni sibuk kata lapar laparrrrr. makanan kat bawah memang takde, dah habis semua makan. i yang tak lapar, jadi lapar jugak bila azan called cakap dia dengan family dekat shah alam pergi makan-makan, abang dia belanja. dan lagi meggiurkan bila dia cakap abang dia dah beli iphone 4, dan i boleh pergi berangan lepak rumah azan sambil belek hp abang dia T__T. 

so, dah lah lapar sambil terbayang iphone 4, i terus cakap kat adli "jom kita makan mekdi jom!" dengan nada yang semangat berkobar. padahal tengok jam dah nak dekat pukul 2 pagi, kereta auto pulak takdo, abang pakai, yang tinggal semua kereta manual. so, kirim salam lah mekdi! tapi masih tak putus asa, azan cadangkan  buat delivery, mula-mula i macammmm "oraittt!" adli dah siap nak order, tapi al maklum lah, i penakut nak order delivery sebab entah lah, nervous semacam je. selalunya asya yang orderkan kat upm. haha. lagipun i terbayang duit i melayang nak melayan si adli nak mekdi. wahh, tak boleh-tak boleh, sabtu ni nak keluar bb, ts, pavi, uniqlo, sunway, mines, haa kau mines pun ada. haha, ni semua nafsu! tapi i tak rasa i akan sampai ke semua tempat itu dalam satu hari, itu hanya list semata-mata. bukan apa, last nak pergi before start sem baru kan kan.

ya Allah sakainya i, padahal nak cerita yang i tak jadi pergi mekdi untuk save duit sendiri. lalu i dan adli turun bawah dan goreng apa yang ada. nasib baiklah wedges, fries, harsh-brown dan karipap frozen masih ada. i pun pergi goreng itu semua untuk breakfast pada 2 pagi buta sambil melayan death race dekat hbo yang dah tengok nak dekat 10 kali. kalau tak, i nak masak sekali mini pau frozen yang ada tu, tapi over sangat pulak kang.   

itu dia, budak yang hampir-hampir menghabiskan duit i pergi mekdi pukul 1 pagi. nasib baik- nasib baik. memandangkan bilik abang i yang sulung, najmi, hanya sebelah dapur dan disitulah terletak semua camera. apalagi, terus semangat nak tunjuk bukti yang i goreng tau. sungguh rajin munirah ni tau! *azan please take note betapa untungnya awak. haha.

gembira sangat ada makanan depan mata, tapi malangnya mayonis dan thousand island kami dah habis kering kontang, maka nya makanlah dengan cili sos sampai kenyang ye.

haa, nampak tak tu, ada wedges, ada harsh-brown dan 3 biji karipap. kedekut gila masak 3 je. HAHA.

nampaknya adli dah start makan dulu, dan ini tak boleh jadi. tak adil! tukang masak wajib makan dulu. so, lepas ni kena tidur awal, supaya senang, takdelah kena ajak pergi mekdi pagi buta lagi -____-.


-sekarang boleh tidur sambil senyum lebar sambil menunggu ketibaan hari sabtu :)

20 comments:

asya yaacob said...

ok lapar.hahahahahaha

acanmunie said...

asya: kan kan kan. hahahaha

farisha said...

abg azan beli iphone 4 kat mane ea? i nk bli kay maxis tp mostly dh tade stock :'(

acanmunie said...

farisha: wah yeke, okay okay nanti i tanya azan ye farisha :D

Syida Shukor said...

hiks . mines tak payah pegi . nanti balik upm nanti boleh pegi hihi :P

eh kita ada benda nak tunjuk . tapi nanti kita printscreen . nak tunjuk kat sini macam tak boleh . kita letak kat blog je lah ehhe .

btw , you know what , you inspired me to sew a cloth ! haha . finally i can sew a baju kurung . but baru baju jeee . kain tak buat lagi wuwuw :P

but still satu pencapaian masa cuti ni haha

acanmunie said...

syida:

haha, mines memang tak payah, tu gempak je tu hee. btw, apa yg syida nk tunjuk tu??? okayy nnti letak kt blog ye :D

wahhh, terharunya. baguslah dapat inspired kn you, btw i sendiri x pndai jahit baju kurung tau tau. wahhh hebat lah you. nnti janga lupa tnjuk tau tau:D

nadzazim said...

munie, tqa here i've changed my blog link. sorry for the inconvenience dear.

acanmunie said...

okay tqa. but, 'nadazim' ni bukan you kn? hee. pening pulak

Hanna Rabittah said...

hahaha munie lawak la.. makan pukul 2 pagi pon takpe...munie kecik jeee!!!

nurulSYAFIKA. said...

munie nak ajak awak lepak2 boleh? hikhik

nadzazim said...

hehe. nadzazim la munie... its me. like what i've told munie bfore. i've chnge my link :) so, munie blh buang dah link yg 'inbetweenheartandmind" tu taw :) sorry munieeeeeee..

acanmunie said...

hanna: alaaa hana tu lagilah kurus dan sgt tinggi :D

acanmunie said...

peeka: eiii pika ni, mesti lah boleh. boleh sangat. cakap je bila, kalau aku ada transport dan free, boleh sangat mahu lepak :D

acanmunie said...

tqa: omg, sorry tqa. :) isalah tekan link, i tertekan blog yg u follow. haha. tu yg i pelik tu, siapa pulak ailin ni. tapi cakap tqa. haha. okay2, i change ur link :D

nurulSYAFIKA. said...

btw munie, yg syida nak tunjuk tu is actually a comment dekat fb.
aku macam ckp,
im looking forward to meet her

and her tu refer kat kau lah ahaha.
ada transport, ktm haha.kalau oke, aku igt nak lepak 8jan je, sbb takut lepas tu dah busy gila kan (:

acanmunie said...

peeka: alahai, napelah kau comel sangat peeka oi. haha. okay boleh weh, nanti aku try refer kt jadual tau. kalau tadehal. seriously boleh. lama jugak tak jumpa kau lagipun :D

Syida Shukor said...

haha alaaaa peeka dah cakap kan . itu lah benda yang sbenarnya kita nak printscreen :P

dah bocor rahsia hehe

acanmunie said...

syida: haha, comel lah korang ni. okay nnti boleh lepak dgn syida skali :D hee

nurulSYAFIKA. said...

keh3.oke oke (:
im looking forward to meet both of u eh mcm pernah dgr je ayat ni hahaha

*buat lawak bdoh pulak

acanmunie said...

peeka: okay cun saja. papehal nanti kau roger je :D