Sunday, September 19, 2010

uthm

fuhh, tepat pukul 1 pagi tadi i sampai di rumah. penat sangat. thank you sangat-sangat kepada family azan. i seronok sangat dapat ikut hantar azan balik UTHM. kalau tak, bila lagi i nak pergi sana kan? i nak pergi sendiri sure tak reti punya. best sangat dapat makan nasi briyani, dan i makan banyak woi. banyak! yelah, dalam kereta mula-mula borak-borak dengan azan, lepastu kroihhh semua tidur. azan tidur suka lebih dari i. dah lah tulang i macam nak patah bila dia baring kat bahu i. tapi takpe, sayang punya pasal, bahu senget sebelah pon takpe lah -__-.

okay part paling best ialah bila dah sampai rumah azan di Taman Universiti. rumah diorang rumah kedai. rupanya situ memang ramaiiii student tinggal, memang khas untuk student. satu blok ada banyak rumah, satu rumah ada enam orang. i dan family azan tolong kemas kan satu rumah tu. terharu bila nampak dekat board dia ada gambar i dengan azan di genting highlands. i kemaskan almari azan. katil semua i pasangkan cadar. nasib baik tempat azan bersih cuma housemate dia yang lain sepah-sepah.

i dan azan siap mop satu rumah. SATU RUMAH! satu rumah wangi bau ajax okay. housemate dia punya tempat pun kami siap mopkan. memang mithali habes lah -__-. senang cerita semua tolong kemaskan rumah tu. yelah, ada yang tinggalkan makanan terbiar macam tu. tak senonoh betul. jadi kami pun tolong lah azan, sementara housemate dia yang lain tak balik lagi. lama juga lah kitorang duduk situ. bila nak balik i mestilah sedih. tapi cover macam okay. azan lagi lah, nampak je macamtu. takpelah, ni semua dugaan untuk long distance relationship. okay i pun nak balik upm petang ni. sekarang ni i dah faham keadaan azan dekat sana. dan i gembira :)

owh lupa, azan siap bawa i pergi library UTHM yang besar macam gila tu. best okay. yelah perpustakaan UTHM merupakan perpustakaan yang terbesar di Asia Tenggara. dah lah bilik bacaan, bilik perbincangan dan bilik apetah lagi berfungsi 24jam. patutlah selama ni bila azan buat assignments 2 3 pagi dia kata dia ada kat library. moden habis. i sakai siap amek gambar dalam lif library lah ape lah. jakun -_-. kalau library upm, jauh kena naek bas. sedih.



ni semuaaaa gambar dekat library. kat situ je tangkap gambar. haha
haa nampak tu, bukan main besar entrance library dia.



kalau i bawa marker dah lama i tulis 'acanmunie was here'. hahahaha. tak lawak munie. yelah tempat ni jauh, bila lah lagi i nak sampai uthm ni kan?



-azan, kalau awak baca ni. cepat-cepat call saya sebab saya nak cakap, " eleh suka lah tu saya puji UTHM awak!" hee
-ilysdfm azan!
-hee

21 comments:

diana handsome said...

wahaaaa uthm maju gile wo !
biar benar besar camtu library die ade air terjun segalaa. ternganga*

acanmunie said...

diana: tahu xpe kan. -__________-

zureen nasir said...

akhirnya sampai jugak munie :) tahniah :)

teyhaaa said...

best gila hantar boyfriend balik universiti :D btw, UTHM bapak hebat gilaa. macam universiti luar negara pulak.

acanmunie said...

zureen: wakaka, tahu xpe. finally!

acanmunie said...

teyhaa: tu lah pasal, library dia nak moden habis lah:)

Qu said...

ya allah you, geram gile tengok kaki u. haha. :)

acanmunie said...

qu: ya Allah, kaki i? semua kaki sama je:)

asya yaacob said...

dah lain uthm skarang (cewahhh mcm biasa pegi)

munie tak nak tlg mopkan bilik i skali ke?HAHA

nurulSYAFIKA. said...

tak. kaki kau kurussss uwaaaa
*jeles*

acanmunie said...

asyaacob: boleh, i boleh tolong mopkan. tpi tunggu kita satu bilik lah. hee:)

acanmunie said...

nurulSYAFIKA: xpe, semua orang pun boleh dapat kaki kurus lah:)

Syida Shukor said...

bestnyaaa kalau siapa yang suka lepak library ! i tak suka sebab sejuk hihi .

tapi memang besar gilaa kan . kawan i siapa bangga cakap library dia paling besar kat asia tenggara ! haha

Nadia Yusoff said...

plg besar kt asia tenggara??haha..i br taw kot!! :P hrp je student UTHM...hahaha

Nadia Yusoff said...

eh2...i pinjam gambar u ni taw...letak kt page i..hehehe

acanmunie said...

syida shukor: a'ah memang besar gila, dah macam apa dah i tengok:)

acanmunie said...

nadia yusoff: haha, i tahu pun dari boyfriend tu. dia sibuk cerita kat i:)

owh nak pinjam gambar, alaa malu lah plak. letak link je pun okay dah. hee

Nadia Yusoff said...

haha..i da letak.. :P

acanmunie said...

nadia yusoff: hee:)

+budak gem0k+ said...

macam kenal je u 2..haha..xtaw lak munie datang teman acan balik uthm..

acanmunie said...

budak gemok: haha, a'ah acan ajak teman hantar dia. hee