Tuesday, June 15, 2010

tiba masa nak jakun

pagi tadi pergi breakfast dengan ayah. nak ajak ayah pergi terminal reko. nak tanya pasal ticket balik melaka. i dan azan nak beli ticket bus balik melaka, sebab rinduuuu matrix melaka. saja nak lawat-lawat ziarah-menziarahi. barulah dapat merit tinggi. barulah dapat stay college sepanjang hayat. okay munirah, kau boleh stop buat lawak bodoh yang kau rindu nak lawat matrix.

sebenarnya i nak tanya pasal ticket pergi genting highland. okay tolong jangan gelak okay, yelah, yang lain semua dah post pasal pergi genting kan? i dengan azan pun nak juga. mana aci kalau i takde post pasal genting. i dah plan dari last week, i dah inform awal-awal kat parents i, selasa ni i nak keluar pergi genting highland dengan azan. setiap kali naik kereta, i akan cakap dengan parents i pasal nak pergi genting, memang dasar annoying gila lah aku. excited nak pergi sana dengan boyfriend.

so, pagi tadi ayah i teman i pergi beli ticket nak ke genting. i beli yang package punya. yelah, i tak nak naik kereta pergi sana. bus kan ada, tambang pun bukannya mahal pun, dah lah siap package. ayah i pun semangat tanya kat counter pasal package tu. memandangkan anak tunggal perempuan dia yang annoying ni merungut bising hari-hari kecoh cakap nak pergi genting macam jakun tak pernah pergi genting, dah lah takde duit, duduk rumah menghabiskan duit, sibuk nak pergi genting, ayah i pun terpaksa lah sponsor kan? hee, azan kaya, dia kerja dia ada duit, i takde duit. by the way, kiranya trip ni adalah untuk meraikan pointer kami yang hanya berganjak sikit dari pointer sem lepas 3.38 (sem lepas pointer i dengan azan sama tau). hee.

apa-apa pun thanks ayah, sebab telah bawa i pergi beli dua ticket untuk ke genting highland. nasib baik i nak beli hari ni, sebab ticket untuk gerak pukul 9.30am dah habis, so esok i dan azan akan naik yang pukul 11.30 am. okay lah tu, balik ambil paling last 7.30pm. so, esok tunggu azan datang rumah i pagi-pagi, then ayah hantar kitorang pergi terminal reko tu, alaaa dekat je. esok kena ajak ayah breakfast before kitorang pergi, boleh saving untuk duit makan nanti. haha, bapak kedekut kau munirah! bukan kedekut ah, saving.

apa-apa pun, esok i dapat gaji yang lumayan. sebab pagi tadi mak i dah cakap. tolong kemas rumah, nanti mak kasi gaji lumayan. i kan orang gaji rumah ni. rumah pagi tadi bersepah gila dapur, yelah dari jumaat, sabtu, ahad, parents i dan i banyak keluar, so kat rumah tu jadi tak terurus. bila isnin, i lah tukang bersihkan segala benda. dah yang tinggal kat rumah ni semuanya lelaki. i lah jadi mangsa. mak i memangpandai, dia tahu esok i nak pergi genting highland dengan azan, dia saja je nak bakar semangat i untuk kemas rumah rajin-rajin. lagipun, kalau dia tak suruh pun, i memang tiap hari kemas rumah. (cewahhhh)

dahlah, i pun nak tidur. esok nak bangun awal. sorry lah untuk entry excited lebih nak pergi genting ni ya. bukan apa, yang buat excited tu sebab nak pergi dengan azan tersayang. tak sabar nak jerit-jerit macam orang gila sama-sama. nak lompat sama-sama. nak tengok siapa lagi berani main itu ini, ahhh tak sabar. nak main kejar-kejar polis entri pun nak jugak. okay lah bye.




tengok tu semua lengkap dah, naik bus, turun bus, naik skyway, turun skyway, dan masuk theme park. harta ni kena simpan dalam peti besi, jauhkan dari adik. kalau dia jumpa, sure penyibuk nak ikut.

i tak kesah main outdoor dengan kuku panjang. tak takut patah pun.

okay bye. jangan call saya esok, esok saya busy. hee. saja nak buat panas.

7 comments:

maybill said...

wahh tak sabar der. nanti balik citer tau. may plan nakgi dengan bill pas bill kua wad july nih. happy for you....*wink!

ThE AfaIzA's fAmiLy said...

huwaaa..seronok nye...bdw cmne nk wat blog list cam ko ae?? lg satu cmne nak tmbh chat box kat blog kita

acanmunie said...

may: okay may, pergi time tak cuti sekolah takpe. tadi ramai gila nak mampos ok.

acanmunie said...

puteri: lahh aku nak ajar macam panjang sangat pulak aku nak kena explain, takut kau tak paham je.
kau tgok video ni, http://www.youtube.com/watch?v=kY5cMEOl9Js&feature=related

start dari 0.50 saat, baru dia ajar cara nak add blog list tau. apa-apa tak paham, kau search je kat u-tube.

tatyty said...

hahaha. kau lambat la sayggg. aku da nk masok 3 kali da naek gentingg dgn zakwannn =)

tatyty said...

hahaha. kau lambat la sayggg. aku da nk masok 3 kali da naek gentingg dgn zakwannn =)

acanmunie said...

zaty: haaa, tengok. aku tahu aku lambat. haha. selama ni tak pikir plak nak gi genting. haishh
:)