Tuesday, June 22, 2010

multi-update

sabtu malam yang lepas:

i pergi tengok movie dekat leisure mall dengan azan. macam biasa lah, sampai-sampai terus masuk, free punya tak payah bayar. hee. itu pun sampai ngam-ngam pukul 7.45pm cerita baru start. i tengok 'The A-Team'. sumpah best gila untuk siapa yang suka tengok action movie. dia ada 4 orang special U.S army yang nak balas dendam, sebab selama ni baru diorang tahu yang U.S army yang lain mempergunakan kehebatan diorang untuk kepentingan sendiri. tapi serious best, tak menyesal tengok. dia susun plan nak serang semua cool gila. plus, dia ada lawak-lawak sikit. haha. balik tengok wayang, i dengan azan pon pergi makan sate kajang. sebab dah lamaaa tak makan sate, mana boleh, orang kajang tak sah kalau tak makan sate kajang. lepas tu padan muka, penakut pukul 12.00 malam kena jadi minah rempit dekat highway. haha.

ahad petang yang lepas:
i dan azan pergi cheras tolong mak suruh hantar sayur dan ayam semua pergi taska. lepastu terus ambil adli yang tidur rumah babysitter sebab nak main game puas-puas dengan cucu babysitter. habis semua ps2, ps1 dengan psp dia nak angkut bawak pergi rumah babysitter. nasib baik dia tak bawak sekali x-box pergi sana, kalau tak memang nak kena hempuk ah dengan i, sebab i yang tukang angkat semua. on the way balik, mak suruh kitorang hantar pergi cuci kereta. i jakun cuci kereta sambil duduk dalam kereta sambil orang tu tengah cuci. haha.

isnin yang semalam:
seharian i ikut ayah i pergi bangi jaga galleri. lepastu bila malam dapat jumpa yus kawan lama i. nama dia yus akmal, dia perempuan tau. kesian yus nak dekat pukul 12.00 malam baru nak balik rumah. tapi takpelah dia stay rumah kakak dia pun kat bangi je, dekat lah tu. seksyen 3 dengan seksyen 7, alaaaa tak berpeluh pun kau bawa kereta kan yus. almost tiga tahun kot tak jumpa yus, rinduuu gila.

selasa hari ini:
bangun tengah hari terus masakkan ikan bilis cili padi, mak i dah pesan guna ikan bilis yang mahal tu, baru sedap azan nak makan. mak i memang selalu support i suruh masak sedap-sedap untuk azan. so, petang tadi azan pon datang rumah i ambil ikan bilis cili padi yang i masak untuk dia. dia memang suka suruh i masak apa-apa, kalau i masak tak sedap pun, dia tetap nak makan tau. pastu malam tadi, mak i perli depan satu family i, sebab abang i first (najmi) cakap, i kalau masak kat dapur macam tengah berperang. sebab bunyi tung tang sana sini. woi, minyak panas, biasa lah tu kan. pastu jalan naik motor dengan azan pergi makan mcD dekat prima saujana. waaaa, naik scooter jakun buat tangan macam titanic, wooo. okay before maghrib dah balik rumah, tolong mak masak.

bye, sekarang kena pergi tolong adli buat kerja sekolah. kadang-kadang dia dah tertidur, aku yang kena buat kerja sekolah dia. hampeh.

4 comments:

cik maisarah said...

hahaha munie. comel lah kaw skunk :)

acanmunie said...

alala mai ni, kau tu pun apa kurangnya. mana satu blog kau yang active ni? aku nk link ni kat blog aku
:)

cik maisarah said...

aku baru gak update. ko link yang maisarahxoxo tu. tq :) acan kat upm gak ke??

acanmunie said...

ok2. owh tak lah, acan uni.tun hussein onn (uthm). kat batu pahat sana.