Friday, May 21, 2010

gila lah, post resepi.

okay gila tak sangka i nak post resepi. padahal copy paste je. HAHA. takpe lah kan, i ada ubah-ubah ikot cara i buat. i buat ni untuk farisha. sebab dia tanya. hee. sorry babe, kalau i kasi tahu lambat. you should try okayyyy. senang je buat, tak sampai sejam kot. cuma nak sejukkan tu, lamaaa.


Bahan-bahan
:

1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir. (gula yang biasa kita guna tu)

Cara-cara:
1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.
2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).
4. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti sejuk.

-okay, nanti bila kita masukkan tepung kastard dalam air gula tu, ianya akan jadi warna kuning.
-then, kacauuu je sampai dia jadi pekat dan macam semi-solid. macam dodol, tapi bukan lah keras macam dodol. yelah, mula-mula ianya air warna kuning, then dia jadi macam likat macam tu.
-bila semua tu dah jadi likat, masuk dalam bekas. simpan dalam refrigerator.


Bahan utk kuah:
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit cocktail
1 cawan air masak
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.
2. Dengan api yg kecil kacau sebentar untuk melarutkan gula (Tak perlu hingga mendidih).
3. Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
4. Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.

okay goodluck ya! i cadangkan you buat malam, biarkan dia sejuk. esok pagi boleh makan.
:)

6 comments:

farisha said...

THANX SAYANGGGGGGGGGGG!

excited sgt nk buat! esok nk pergi giant beli barang2! hee:)
thanx again munie :)

acanmunie said...

kalau dh buat nanti, mkn sorg2, jgn share. AHAHAHA.

alyaa Z said...

Babeeee, puding tu you makan dgn kuah dia tu la kan?

acanmunie said...

a'ah dear, makan dengan kuah dia baru sedappp.
:)

alyaa Z said...

Ataupun you potong cube puding tu you masukkan dalam kuah dia? Er, I nak try. Hehehehhe, tapi nak tanya you dulu lah.

acanmunie said...

owh ya, a'ah lepas dia dah sejuk sume mcm jelly. yup, i cut bentuk2 cube. hee, pastu baru campur.
:)