Monday, May 24, 2010

bosan

hi, semalam aktiviti walaupun sekejap, tapi cukuplah buatkan aku gembira. semalam decide untuk bawa adik (adli) pergi tasik sri permaisuri, dia bising nak maen badminton dengan abang azan dia. kebetulan azan pula start kerja pukul 6pm. dalam pukul 2.30pm keluar rumah ambil azan, tapi pergi hantar guitar boy (adik) pergi bandar sri permaisuri, nasib baek dekat. dia nak jual electric guitar dia tu kat kawan dia sebab dia ambil guitar baru. so, aku lah tukang bawa naik kereta. entah berapa banyak guitar entah nak ada kat dalam rumah ni, tak cukup-cukup dengan 3 electric guitar, guitar classical(kapok) lagi yang melambak, kalau dulu, sekali 4 classical guitar berderet, aku pon tak paham. dah macam apa dah.

sebenarnya sedih, yelah abang-abang aku dan adik semuanya pergi kelas yamaha lah bagai. aku ni, nak masuk kelas apa? kelas memasak je lah kot. HAHA. takde masa kot benda-benda tu, dulu aku pernah cuba nak belajar, hari ni hafal note strings guitar, esok lupa. HAHA. main keybord lagi best kot, belajar dari internet je note. lagu unfaithful pon boleh lah setakat intro kot. kalau aku ni, nak exam parents mesti bising suruh study lah kan, kalau diorang ada exam guitar, wahhh, mak aku semangat bising suruh pergi practise guitar. tak paham, memang tak paham. (padahal jeles kot).

so, dalam rumah ni, setiap petang bila semua dah ada kat rumah ke, setiap tengah malam mesti kau akan dengar lagu je memanjang, yelah sorang-sorang maen guitar, kat bawah dengan classical guitar, kat atas electric guitar. tahu tak, bila takde orang kat rumah, aku mesti try maen-maen elctric guitar tu, yelah electric guitar kalau kau petik one string je, bunyi dah gempak. haha. sumpah lawak bila ingat zaman kecil dulu. hmmm, tak kesahlah dengan guitar tu semuanya tak penting. yang penting, azan gua nyanyi sedappp bangat! heee

okay, semalam pon, aku, adli dan azan maen badminton kat tasik sri permaisuri dari pukul 3pm sampai 4.30pm je. nak kena balik dah, sebab azan nak siap nak pergi kerja. walaupun kami hanya spendtime selama 1.30 jam sahaja, namun ianya tetap rasa lamaaaaa. azan pandai hiburkan hati adik aku, dia maen badminton dengan trick and skills dia. lawak betul. malangnya aku tak bawa camera, agak menyesal sedikit, sebab view semua pun lawaaaa sangat.

satu benda yang aku belajar daripada aktiviti semalam ialah, ianya tak kira berapa lama masa kita meluangkan masa bersama, tapi ianya berapa berharga aktiviti yang kita buat bersama. walaupun semalam memang sekejap, tapi aku rasa lama sangat, sebab apa yang kita buat bersama tu, memang menyeronokkan. terima kasih ya azan.


gua cinta gila sama lu.


kak wanie, ayah, emak, kak lin

sabtu ni kak lin's wedding. mesti best. ni jelah cousin belah ayah yang i ada, yang ta best tu, lyen cousin i juga, iaitu adik diorang takde dalam gambar ni. dah lama gilaaa tak jumpa lyen semenjak abes spm ni busy dengan kerja starbuck, bila i datang pj mesti dia takde.


p/s: sebenarnya dah tak tau nak update hape. HAHA


4 comments:

Chocolate Syrup said...

alala..comelnye u nih..ngn adik n ur boyfie.

hebat la main badminton kol 3. leh la u wakil malaysia ;)

aja fuzi said...

woah, sumpah cool ade ber-bijik2 gitar kat rumah.

apsal tak join your brothers?

acanmunie said...

wakil malaysia? haha. xde maknenya. heee

acanmunie said...

aja, hee sbb i sucks dgn benda tu. xde masa nak maen ke, nak belajar ke. sbb i ni jarang ada kat umah, dri f1 duduk hostellll je sampai skrg. haha