Friday, February 26, 2010

lastly,

Friday is awesome. hoshhh.


hari tu kan i ada cakap yang budak hot=kekasih cyber=budak beg kotak-kotak kan? hmmm, memang orang yang sama pun. itu semua kebetulan, i tak rancang pun. Allah yang rancang. kiranya i minat orang yang sama secara senyap-senyap dari form2 sampai lah i masuk matrix. i sendiri pun tak sangka yang i ni faithful lah juga kan. BAHAHA. ok fine. back to the story.


bila i dah add myspace budak beg kotak-kotak tu. i was like terkejut gila lah kan, sebab he's the one yang i admire waktu i form2 dulu. yang buat i lagi suprise, budak tu ingat i? dia ingat aku wehhhhh. sungguh tak sangka. the day i added him as friends kat myspace, malam tu juga kami ym sampai subuh weh. sampai sakit tulang belakang aku. he said, he still remember yang dia pernah kacau i dekat myspace 5 tahun yang lepas. dan dia tahu nama i munie, dia ingat weh. dia ingattttt. gila tak sangka. terharu sangat.


dia cakap, dia kenal i sebab kawan dia yang satu mrsm dengan i dulu, kasi tahu yang dia kacau munie, dan munie tu satu sekolah dengan kawan dia. rumah kami dah lah dekat. dia rasa sangat bersalah dan cuak. time tu memang i benci dia, walaupun i minat dia. yelah, dah dia buat i sakit hati. harap muka je hensem. i cakap macam tu time dia sakitkan hati i dulu. sebab tu lah dulu-dulu i taknak add dia as friends kat myspace. sebab i benci dia, tapi still minat dia. hee.


but now, jumpa balik kat matrix. dia cakap, dia ingat i lagi, dan dia memang tahu yang budak yang dia kacau 5 tahun lepas kat myspace tu, bernama munie, dan masuk matrix melaka. how sweet. hee. sebab kawan dia yang satu mrsm dengan munie tu kasi tahu. tapi sayangnya, dia tak cam muka munie tu. btw, dulu orang panggil i muniemunie. sebab nama i kat myspace ialah munie2 (munie square sebenarnya).


start from that day, kami kenal each other. i borak lama gila kat ym dengan dia. tapi bila kat matrix, dia tak dapat cam muka i, sebab kat matrix bila gi kelas, i pakai tudung. then dia cakap, perempuan pakai tudung ramai sangat, dia tak dapat cam. btw, dia pula jenis tak rapat sangat dengan perempuan. dia cakap, kalau nampak dia, tegur-tegur lah. HELL NO. i tak tegur pun. kat ym cakap je berapi nak tegur. bila jumpa, i jadi maluuuuu gila. padahal dia tak cam muka i sangat pun.haha.



ni lah muka budak beg kotak-kotak i, yang pernah sakitkan hati i time i form2, dan time tu i benci dia, tapi tetap meminati dia secara diam-diam, dan i telah melupakannya sekejap, sebab dia tak kenal i pun, i je poyo lebih. dan i telah berjumpa semula dia di matrix melaka, pada mulanya i tak perasan lansung itu adalah budak yang i minat time form2 dulu.


inilah gambar myspace time form2 dulu.
kurus gila. bila masuk matrix manalah i cam lagi kan?
**dulu i panggil dia gay, haha. pdn muka

hmm, gambar myspace i time dulu tak payah lah.
totally different from what i am now.
abaikan je.

****

haa, ini pula bila dah zaman kat matrix. tengok tu, jauh gila bezakan? sebab tu lah i x dapat nak cam muka dia lagi.


psst, dia pakai wristband pink i.
selamba je.


ni pula gambar kat matrix yang orang kata macam budak nak gi sekolah rendah.
aku dah 18 weh time ni! totally different, sebab tu dia tak cam aku :(
psst, i pula pakai bangle dia. cewah.



ye, azan lah orang yang i cerita selama ini. hahaha. the best part ialah, bila azan cakap, " i sebenarnya dah lama nak cari you munie, before i masuk matrix lagi kawan i pesan suruh cari you, tapi i tak tahu macam mana nak cari, sebab you budak bio, i fizik." OMG! OMG! SELAMA NI KAT MATRIX TU AKU TENGOK JE DIA, DAN SEBENARNYA DIA PULA CARI AKU YANG MANA SATU. HAHAHA. what a blast.

dan yang best lagi bila, azan cakap, " bila dah kenal you kat matrix ni, i macam segan gila, u macam style gila(padahal aku hanya pakai baju kurung cotton, selendang dan seperti gaya budak kampung sahaja ok), i admire gila you. sweater you, tshirt you, i jeles gila.i macam rendah diri gila." PADAHAL AKU YANG RASA MACAM DIA UP GILAAA DAN ADMIRE DIA, STYLE DIA, RAMBUT DIA, BAJU DIA, TSHIRT DIA SEMUA LAWA. SEMUA LAH. AKU NI BIASA JE. TAK SETARAF DENGAN DIA.



fuhh, rasa lega sangat dan bahagia sangat sebab time kat matrix dulu, aku suka tengok gaya dia, owh relax gila dan tak over lansung macam laki poyo yang lain. dan rupanya dia pun dalam pada masa yang sama berfikiran begitu pada aku. LAWAK GILA BILA MASING-MASING DAPAT TAHU. sebab tu lah bila dia nak aku, aku pun terus nak dia. sebenanrnya aku tolak dia pada mulanya, saja-saja je. pastu cepat-cepat aku cakap aku gurau, sebab aku taknak terlepas orang macam dia.

walaupun dulu i terima dia tanpa kenal sangat satu sama lain, tapi lama-lama, we get to know each other better. and, i tak pernah menyesal dengan risiko yang i telah ambil, untuk terima dia. pilihan i memang tepat. i hope we can last forever, InsyaAllah.

2 comments:

jUst skyNNiEy said...

hyep ! i keep stalking ur blog from the first entry. hehe ;p sweet sgt how both of u together ! comel gila cerita "budak hot=kekasih cyber=budak beg kotak-kotak" and finally u found him ! ^_^ boleh buat novel ni. haha ;p hope both of u together forever ! amin~

*eh, btw, u look like my ex rumate dekat matrix. ;)

pangjang gila komen. eheh~ tata.

acanmunie said...

homaigod homaigod! terharunya you baca :D btw, thank you dear :D yaa, hopefully forever, aminnnn :D