Tuesday, February 23, 2010

ingatkan dah ada peganti.

siapa yang pernah baca entry i pasal budak hot kemudian kekasih cyber, akan tahu betapa frust nya i dan telah deal dengan diri sendiri untuk single sampai umur 20 tahun. time tu i 17 nak masuk 18. target nak stay single tu penting sangat, bila masuk matrix, i tak pandang mana-mana laki pon, bukan kerek, tapi memang takde laki pon pandang i. HAHA. duduk matrix melaka tu macam robot, pergi kelas, balik kelas, pergi lab, balik lab, keluar masuk dewan kuliah. i budak bio, tapi ramai ingat i budak account, tak paham betul, ada cop bank ke kat dahi aku?

tapi, i sukaaaa tengok satu boy ni. hehe. i minat je, tak salah pon, tak mejejaskan pon target nak single sampai 20 kan kan? haha. budak tu budak fizik, i sedar diri, yang i ni budak bio je, sekadar memandang dari jauh, dan tahu yang i memang tak kan dapat kenal dengan boy tu or kawan dengan dia, sebab i budak bio dan i tak ada kawan dari course fizik. hampeh kan i. i kasi dia gelaran budak beg kotak-kotak, sebab i tak tau nama dia. HAHA. sebab dia pergi kelas pakai beg sling kotak-kotak. beg dia lawa, taste dia sama dengan i. i ni jakun sikit tengok dia, yelah budak laki bio nerd macam ulat.

setiap hari i akan iron baju kurung cotton before tido, esoknya nak pergi kelas i bangun pagi, siap cepat-cepat, tanam azam harap-harap setiap kali habis kuliah akan terserempak dengan budak tu. niat tu memang dah lari, tapi macam i cakap, matrix bosan. hidup macam robot nerd. so, i perlukan something interesting untuk buat i semangat hadapi hari-hari di matrikulasi basi tu.

i akan frust bila satu hari tak nampak dia. boleh bayang tak macam mana i suka dia? tak tahu kenapa, padahal tak kenal lansungggg. hahahaha. dia macam ada something yang buat i tertarik nak tengok dia. muka dia, style dia, baju dia, ahh semua lah. tapi, i tak pernah letak harapan sebab i macam tak layak nak jadi kawan dia, sebab dia tu up sangat bagi i. sedihnya nasib kau kan munirah :(

hari berganti hari, bulan berganti bulan. i dah makin jarang nampak dia. sedih gila. satu hari, i jumpa myspace budak tu. i pon terusssssssss add friends. haha. gatal gila. sebenarnya aku terkejut macam nak mati nak gila nak bunuh diri, sebab selama aku minat budak tu, budak tu adalah budak hot a.k.a kekasih cyber aku. HAHAHA. wtf kan?! nak single sampai 20 sebab frust dengan budak hot cyber tu, tibe-tibe dia masuk matrix melaka? dan aku minat dia LAGI?

budak hot=kekasih cyber=budak beg kotak-kotak.

wathaheck! dari aku form 2 sampai aku kat matrix pon dia ada??

waktu i minat budak beg kotak-kotak tu, sumpah i tak perasan lansung yang itu adalah budak hot yang i minat kat myspace time i form2 dulu. sumpah tak perasan. yelah, mana pernah tengok budak hot tu depan mata. oh mannn, memang macam tak percaya wa cakap lu.



No comments: