Sunday, March 23, 2014

Alhamdulillah, officially engaged!

Alhamdulillah, we are officially engaged on 15 March 2014! Terima kasih kepada semua yang banyak membantu dan yang mendoakan. Terima kasih juga pada family and friends yang tolong buat preparation and datang ke majlis. Actually I was going to invite ramai lagi, tapi i was too busy dengan kerja dengan everything yang last minute sampai lupa nak invite sana sini. I'm so sorry about that ladies. sobs.




Anyway, thanks a million times to mak and ayah. You guys are the best! Thank you for all your prayers for us. Thank you for your opinions, ideas, supports and everything! We love both of you to the moon and back!


Nanti I sambung lagi dengan more pictures and more stories about our engagement day. Bye!

Saturday, January 25, 2014

back for good,

Hi, hi, hi, lamaaaaa gila tak tengok blog. banyak benda dah terlepas, salah satu nya invitation ke wedding Bella. sobs. haha. past few months lots of things happened! i dah grad, azan pon dah grad, azan dah kerja, i pon dah kerja. cepatnyaa masa berlalu. all the things that we keep dreaming tu hampir semua menjadi kenyataan. so keep hoping keep dreaming all the good things. 




so sekarang ni i nak kemas bilik, and i must become the change i want to see. kalau tak sampai bila bila pon tak terkemas bilik ni. sebab sejak dah kerja ni balik terus tido. zzzz. lastly, thanks buat yg komen komen suruh i update. sebab tak pernah rasa ada lagi orang baca blog ni. haha. will update later!


Thursday, August 29, 2013

square hijab by Needlesswork,




Hi! saje nak cerita yang Needlesswork kita sekarang ada jual square hijab. Tengok lah mana berkenan :)
A1 - one pieces left
A2 - SOLD OUT
A3 - SOLD OUT
A4 - SOLD OUT
A5 - SOLD OUT
A6 - SOLD OUT
A7 - SOLD OUT

Price: RM 15 (exc postage)
Material: Soft crepe
*easy to wear easy to shape

To purchase, just:
Sms/whatsapp: 013-6810427
Instagram: Needlesswork


Monday, August 26, 2013

RAYA 2013,





SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!
:)

Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan Kitchen Diaries sangatttt,

Assalamualaikum! 


Bila tengok orang buat kuih raya, lepastu jual lepastu untung lepastu haa raya sakan, seronoknya. Lepastu menyesal kenapa diri ini yang sedang tanam anggur di rumah ini tak buat kuih raya pastu pergi jual. Dapat juga duit raya hasil titik peluh sendiri. Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiadalah pendapatan. Kirim salam je lah. Korang mesti ada yang buat kuih raya kan. Untunglahhh. Share lah sikit idea. Idea dalam otak saya ni buah anggur je ni. Haha. Tipu je.


Ramadhan kali ini rasanya Ramadhan yang paling best, sebab kitorang masak sendiri je, tak beli lauk kat luar pon. Dan yang penting, I belajar banyak gila cara masak dan buat kuih uollsss. Tak payah susah susah beli kuih tiga seringgit dah. Mahal. Buat sendiri lagi senang pastu dapat banyak haa. Makan lah puas puas yaa. Even mak I yang dah kahwin puluh-puluh tahun pun tak pernah buat kuih sendiri rupanya, yelah dia hari-hari busy kerja kan. Tapi Ramadhan kali ni walaupun mak I balik petang, kitorang semangat buat kuih. So far, kitorang dah buat tepung pelita,  karipap, buah melaka, samosa, popia. 


Haha takde lah banyak sangat, tapi better than nothing lah bak kata orang tua tua kan. Setakat kuih buah melaka tu I dah pro dah, selalu buat sorang sorang je, sebab seronok main tepung. Haha. Haa lepastu samosa tu, I dah tahu dah cara nak jadikan dia bentuk samosa. Mesti korang tak tahu kan, tahu makan je kan. Hewhew. Bubur pun senang bak hang, setakat bubur cha-cha tu, dah tak payah beli kat bazar dah haa. Lepastu favourite satu family ialah dadih, dah nak kali ke sepuluh dah I buat dadih, dalam fridge sentiasa ada dadih. Kitorang ada dua fridge, satu fridge tu penuh dengan dadih je, kalau tengok macam nak berniaga pon ada haa. So far I dah buat dadih Strawberry, Kiwi, Choc, Manggo, Mixed fruit. Tak berani cuba yang lain takut tak sedap. I sekali bancuh dadih terus dapat dalam 40 cup kecil tu. I dengan ayah I selalu beli stock cup tu, get ready untuk buat dadih. Ni stock dadih dah habis, esok ayah I ajak pergi beli. Haa, mak ayah I memang semangat bab bab I buat makanan dalam rumah ni. Btw, dadih tu benda paling senang nak buat. 


Semalam lepas terawikh I buat mac and cheese, cewah American English sangat. I buat macaroni and cheese. Haa sebab petang tu abang I dah nampak I beli macaroni, terus cakap bila nak buat macaroni ni. Lewat-lewat malam kang baru buat kan? Haa itu dia hint nak suruh masak. Berbekal kan Ipad di dapur, semuanya tiada masalah. Semua resepi boleh google, tak perlu beli buku masakan. I tak pernah follow resepi buku masakan kat rumah ni, sebab lagi complicated. I nak yang senang sedap dan murah. Itulah dia Ramadhan Kitchen Diaries kita. Walapun kadang-kadang kelam kabut sorang sorang kat dapur bila mak balik lambat. Hehe.


Esok nak buat Famous Amos Choc Chips Cookies pula. Harap jadi lah macam Famous Amos tu haa. Kalau tak jadi pun, jadi choc chip cookies pun takpe. Asalkan boleh makan :)



Friday, July 19, 2013

Review: Lip-balm-stick?

Assalamualaikum, puasa tak? haha

Hari ni I nak share I punya personal favourite lipsticks or lipbalms? Truth be told, I ada beberapa lipsticks, macam koleksi lahhh. Come on, umur I dah 23 tahun ni, mestilah I sukaaa lipsticks. haha. Tapi takde lah banyak mana macam uolls punya, ada dalam around 20 plus je kot. Tapi tak kesah lah, sebab hari ni I nak cakap pasal I punya personal favourites je. 

Sebelum itu, I nak menyuarakan pendapat I or pandangan pasal segala jadah lipsticks ni. For me, dengan sebatang lipstick sahaja boleh ubahhhh kita punya muka. Like seriously wey! Yelah muka dari pucat lesu, letak sikit colour, puffff! terus muka jadi segar. Siapa sangka lipstick kecil tu boleh ubah the whole face. Kat sini, tak semestinya yang I cakap tadi lipstick sahaja, lipbalm ke lipice yang ada colour pon boleh ubah segalanya okay. Kalau lipbalm, I suka Mentholatum punya, yang sheer colour. Macam magic lipbalm lah, bila pakai, automatic lips kita jadi pinkkk. Segar je mata memandang. Yang tu I suka gila, dah banyak kali beli masa tengah study. Senang nak pergi class pakai tu je, masuk pocket okay, boleh apply bila bila masa.

But the main point is, I nak cakap pasal penyelamat I. Ya, life saver ya. Everyday I akan pakai I punya Revlon Just Bitten Kissable Balm Stain. Hmmm, best gila kot benda ni. I dah pakai lama, and ter amat sangat lah sukaa sampai dah tak pandang lipstick lain. Cewah, tak jugak sebenarnya. haha. Actually benda ni bukan lah macam lipstick lain, dia macam balm juga. Tapi kalau kita apply banyak banyak memang boleh jadi lipstick. I selalu apply sikit je, sebab letak sikit pon dah okayyyy dah. Tapi apply banyak pon apa salahnya kann. Pastu best sebab nanti bibir rasa macam berangin rasa mint. Awak-awak semua boleh lah google tengok result orang pakai benda ni ya.



Haa ni lah personal favourite I. Yang orange and pink tu lah Revlon Just Bitten Kissable Balm Stain yang I suka gila tu. Pergi mana mana memang kena bawak 2 benda ni. First I beli yang pink tu, Sweetheart nama dia. memang pink lah bibir, apply sikit pon dah nampak pink, tu yang best. And benda ni tahan lamaaa. Sebab I dah pakai lama pon masih banyak lagi ya. Dia comel pulak tu haa macam crayon. Satu benda yang best pasal ni ialah bila kita makan minum, colour dia still ada. Dia tak macam certain lipstick yang lepas makan je lipstick pon habis. Kalau yang ni, colour dia still ada. Second time pula I beli Rendezvous yang orange colour tu. Sebab teringin nak ada bibir orange uolls. Tu pun best gila sebab lips nampak lagi natural instead of pink dia warna orange kan. So, dua benda ni i punya all time favourite.


See, dia ada banyak lagi colour. I selalu beli kat Watson je, harga dia serious lupa, more or less dalam RM27 macam tu kot. Hh tak ingat lah. Nanti try lah find out. Selalunya warna warna hot habis cepat. Macam Rendezvous cepat habis, banyak kali datang Watson asek habis je. So bila jumpa je terus grab, haha. In future I nak try colour lain pula, macam nude colour ke.Hhmm will see nanti.

Haa lastly, I nak cakap pasal liptint. Liptint ni lagi best dari lipstick rasanya. haha. You tengok cerita Korea, diorang mostly pakai liptint lah. Mana main lipstick pekat pekat ni. Sebab tu lah bibir diorang macam naturally pink segar je. Lelaki pun sama, diorang pakai liptint. So jangan tertipu lah yang Korean people bibir diorang lawa macam tu. Bibir diorang memang lawa, tapi nampak lagi lawa dan natural sebab liptint ni haa. Bagi I liptint ni macam highlighter. Haa yang kita garis garis kat notes tu. Bila kita pakai dia, bibir nampak macam pakai lipstick, tapi bila pegang bibir, ehhh xde pape pon kat bibir. Haa macam tu sekali. So lagi lah tak perlu risau, bila makan minum memang ada je liptint di bibir lagi. Tak payah dok sibuk nak apply banyak kali. 

So far, I ada dua je liptint. First I beli dekat EDZ boutique warna Hot Red ye kawan kawan. Merah menyala , I beli dengan harga RM12 je. Murah kan. Saje je beli warna merah, sebab teringin. tapi yang ni jarang lah pakai. Second time I beli brand Obuse warna orange, kod dia no. 5. Obuse ni macam famous sikit kat online, banyak je orang jual, terutamanya dekat instagram. Tapi yang ni I beli dekat downtown KL sahaja ya, sebab terjumpa hari tu dengan harga RM10. Standard orang jual RM12 online. Satu lagi, orange ni memang cepat habis. Masa I beli orange ni pon memang kira nasib baik lah. Tapi liptint ni takde lah pakai everyday. Tapi I sukaa. Bila cakap pasal lipstick, sekarang ni teringin nak beli NYX punya. sebab macam best je, I suka matte punya. Kita tak suka gloss gloss ni. 


Okay itu sahaja lah post untuk kali ini. Maaflah sebab panjangnya bukan kepalang. Hmm. Sahaja nak kongsi dibulan Ramdhan yang mulia ini. Sehingga berjumpa lagi di post akan datang. Selamat berbuka! Jangan lupa pergi tarawikh!


Wednesday, July 17, 2013

tak sangka, tak kira,

tak sukanya buat entry panjang panjang. tapi sekarang tengah tulis entry panjang. membebel sampai tak sedar dah panjang. nak pendekkan, tapi macam nak panjang. eh eh eh. esok sambung tulis entry tu, tak larat nak tulis dah. nanti tolong lah baca, sebab penat aku bebel panjang. haha. 



tak malu. paksa. ah tak kesah. bye.

Monday, July 15, 2013

homemade caramel popcorn,

Assalamualaikum, hi everyone!

so hari ni nak cakap yang semalam i buat caramel popcorn. first time! dan jadi dengan jaya nyaa. sedap dia dah setanding dengan popcorn TGV tau. kahkah. idea ni datang snapp, nak buat popcorn lah. haa terus buat popcorn. sebab before tidur tengok youtube orang masak popcorn, tu yang teringin. saje nak mencabar diri buat caramel popcorn. masak popcorn ni seronok! seronok tengok corn dia tu pop pop. haha. macam amazing sangat. bahan pun senang, i beli dekat giant je, dan tak mahal pon haa. soo try lah! fun sangat.




Thursday, July 11, 2013

officially 23,

Assalamualaikum, 

hari ni i'm officially 23! yeay! Alhamdulillah dah hari kedua puasa dan birthday kita. semoga lebih bermakna di bulan Ramadhan ini. thank you mom, balik kerja pukul 6 dari damansara sanggup singgah beli cupcakes lagi. i love both of you, mak ayah! i love you guys to the infinity! red velvet cupcakes and your prayers are more than enough. xoxo !



Tuesday, July 9, 2013

yours truly,






kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.
teehee.